Monday, January 07, 2008

People Pleaser? Maybe...

WARNING : This post is absolutely going no where.
**This post is solely created due to the amazing fact that the blogger herself could not contain the jealousy and 'ketidaktahanan' upon reading other people's blog updated, and not hers.**

Saya baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada sahabat saya, Tham Yaw.
Saya tahu saya tidak pernah menyebut tentang Tham Yaw sebelum ini.
Hal ini, saya berasa, berpunca daripada fakta bahawa kami tidak mungkin akan bertemu jalan hidup (crossed each other's path) kalau bukan kerana PBSM.

Tapi untuk difikir2 semula,
Saya masuk PBSM pun sebab saya nak jadi doktor.
Tapi akhir2 (last-last) hampeh jugak tak belajar Pertolongan Cemas.

Hari ini kalau tidak silap saya ialah 7 Januari 2008.
Dah 7 hari sejak tahun 2008 bermula.

Semua orang tanya saya,
"Eh, lu buat apa sekarang?"
Oh, mereka tidak la berkata-kata sedemikian,
Tetapi di satu tempat dalam garisan tersebut. (Somewhere along the line)

Jujur hati, jiwa dan limpa saya,
Saya memang tidak berbuat apa-apa pada waktu ini.
Satu lagi fakta yang ternyata tidak dapat disangkal,
Sayalah pembuang masa ter'berjaya' pada waktu ini.

Rakan-rakan, sahabat handai,
Semuanya ada berbuat bermacam-macam.

Ada yang pergi melanjutkan pelajaran,
Kebanyakannya ke Taylor's.
Overpopulasi pelajar2 STAR menuntut di sana.
Memetik kata En.Brendan,
"Ia seperti pulang kembali ke sekolah time dulu2." dengan fasihnya dalam Bahasa Inggeris.

Ada juga yang sedang sibuk bermain gitar dan membahayakan diri mereka dan pemandu-pemandu jalan lain di jalan-jalan raya berdekatan rumah kita semua.
Memetik kata saya sewaktu diberitahu oleh Cherylyn mengenai misinya untuk melanggar tiang rumah saya sewaktu memandu di jalan hadapan rumah saya hari Jumaat pada pukul 9 pagi yang lalu,
"Wei, kalau langgar, jangan hentak kuat-kuat tau!"

Namun begitu, semua fakta di atas adalah fitnah semata-mata.
Hal ini adalah kerana,
Satu, hari Jumaat lepas saya terlajak tidur sampai pukul 10 pagi.
Dua, rumah saya tidak ada tiang. Garaj rumah sahaja yang ada tiang.
Tiga, mak saya confirm akan sekeh kepala Cherylyn berserta instructor driving school dia kerana melanggar tiang rumah saya, tetapi hal ini hanya boleh berlaku sekiranya sebab kedua tidak wujud.

Hahaha, saya sungguh kelakar pada hari ini.

Dan ada juga yang sibuk berkerja dan membantu ibu bapa mereka membuat berbagai-bagai kerja sehingga terjelupuk di kerusi malas mereka selepas sehari bekerja.
Memetik kata Aisha yang di'teran-se-let' (translate) dalam dialek Kedah,
"Hang tak tau betapa penatnya diri che' ni keja ari2. Hang tau tak?"

Pada waktu ini,
Kalian pasti tertanya-tanya kenapalah Khadijah ni dah mereng cakap Bahasa Melayu dalam blog dia.
Ala, mudah sahaja.
Skil Bahasa Inggeris saya telah 'deteriorasi' (deteriorate) pada kadar yang cukup mendahsyatkan.
Sampai habis lintang-pukang ke'tatabahasa'an English dilanggar teruk oleh saya,
Hal ini lebih parah lagi apabila turut ditambah oleh kemiskinan penguasaan vokabulari (vocabulary) saya dalam Bahasa Inggeris.
Kasihan En. Gerald yang telah mengasah bakat saya ber'speaking' dengan fasihnya dalam bahasa Inggeris sehingga tersembur-sembur air liur saya berkata-kata.
Jadi biarkan sahaja lah.

Bergerak lagi (moving on),
Malam ini saya bersendirian ditemani oleh pusingan ligat kipas di ruang tamu rumah saya.
Dan juga sinaran daripada lampu pendaflour saya yang sangat putih dan bukan kuning.
Bukan la saya tak biasa bertemankan kerusi sofa, meja kopi dan rak kasut di rumah saya,
Tetapi malam ini semua adik-beradik dan bapa serta ibu saya sudah berbuai-buai dalam mimpi mereka kerana bukan seperti saya, mereka terpaksa ke sekolah dan kerja esok hari.
Memang la ibu saya suri rumah sepenuh masa,
Tetapi memetik kata dia,
"Ah, aku banyak lagi kerja nak buat kat rumah ni."

Wah sungguh banyak saya memetik kata-kata orang pada malam ini.
Bukankah lebih murni niatnya jika saya memetik belimbing di depan rumah atau mangga di belakang rumah?

Minggu ini meskipun saya hidup dalam pengangguran pada kadar yang cukup berjayanya,
Saya telah berjaya mencari kerja dengan bersungguh2nya.
Cari je. Dapat belum tahu lagi.

Saya juga telah berjaya menjauhkan diri daripada kekanda saya selama 3 hari,
(kira 3 la, sebab hari last tu terlupa kewujudan dia. hehe!)
Sebelum kekanda tersebut meng-sms saya.
Kadang2, saya terasa dengan mendalamnya untuk menghentak-hentak kepala kekanda yang tersebut di atas,
Di samping bercakap sampah (trash talk) kekanda tersebut.
Tetapi ketidaktahuan tentang ketidakbolehan keupayaan berbuat sedemikian masih belum dikaji sehingga ke akar umbi pokok serai dekat belakang rumah saya.

Saya juga berjaya untuk terus hidup selama 5 hari tanpa sahabat kesayangan saya,
Cik Iona yang kini sibuk berguling-guling dalam lumpur dengan jayanya bersama rakan handainya,
Meskipun saya mengalami pecahturun emosi (emotional breakdown) yang agak kronik pada minggu ini.

Namun begitu, saya sudah pun menelefon Cik Iona pada petang semalam dan dia sihat-sihat belaka.
Lelaki dia, saya tak tahu pula.
Mungkin saya patut menggegarkan dunia dia untuk pihak Cik Iona.

Saya sungguh dalam kebuhsanan, seperti cara Cik Zaty menggambarkan dirinya sekiranya dia berasa teramatlah bosan.
Esok ura-ura ada mengatakan bahawa Cik Zaty akan turun ke Klang.
Meskipun ura-ura tidak boleh berkata, tetapi sedemikian lah yang saya dengar.
Saya sungguh ke depan tengok (looking forward) untuk menyambut kepulangan Cik Zaty ke Klang.

Namun, kasut saya tidak berbau, kekanda juga akan meninggalkan Klang pada hari yang sama untuk pergi ke Penang bersama ibunda dan 'kakak'-nda nya untuk berjumpa nenda dan 'atuk'-nda.

Cik Aisha juga akan sibuk bekerja di kedai kubah (Dome) yang sangat mencekik wang daripada dompet mereka yang sangat penuh dengan wang-wang kertas, sehingga berkepuk-kepuk jumlahnya. Hal ini akan terus berlanjutan sehingga 19 Januari sehingga Cik Aisha bertransformasi menjadi pekerja separuh masa.

Kami juga akan terus berjumpa tangan, kaki, kepala, rambut, badan dan lain-lain anggota yang boleh dilihat melalui deria penglihatan untuk 7 minggu seterusnya kerana kepersetujuan kami untuk menghadiri kelas Inggeris bersama-sama bagi menjamin masa depan yang tak berapa nak cerah ni. Mungkin sebab hujan dua tiga hari ini.

Keluar untuk berjumpa manusia-manusia lain selain daripada 6 orang manusia di rumah ini merupakan satu pengalaman yang teramat lah saya rindui.
Meskipun kecintaan dan kesayangan yang mendalam terhadap isi rumah yang 6 orang ini termasuk 5 ekor kucing di luar rumah dan 4 ekor anak kucing di bawah pokok mana entah,
Saya masih lagi gemar berjumpa dengan orang pelik (strangers).
Memetik kata Daryl dalam loghat Kelantan,
"Ambe ingak mu suke duk dale kesenyape, dok ek?"
Memanglah saya sukakan kesenyapan, tetapi setelah dikaji dengan mendalamnya,
Seumur hidup saya, saya sentiasa ada orang di sisi saya.
Tidak pernah mana-mana episod hidup saya yang hanya satu orang tunjuk (one-man show).
Mesti sekurang-kurangnya 2 orang.
Jadi macam tu lah.

Selasa ini, saya akan ke ceramah 6 jam untuk motor,
Dan akhirnya saya boleh membawa motor dengan gayanya ke mana-mana sahaja,
tanpa penimpang.
Hahahah...haha..ha..ha..

Haih.
Penat saya nak berfikir dalam Bahasa Melayu.
Saya rasa saya sudah hilang sentuhan ber'blog' kerana hilang sumber inspirasi.
Dan saya sungguh merindui sekolah sedalam-dalamnya sehingga lebih dalam daripada Lubang Hitam (Black Hole).
Pasti sekarang saya telah membuat anda berasa cukup bingung bukan?
Jangan risau, saya pun bingung juga.

Tandatangan Keluar,
Saya Kebingungan.

No comments: