Wednesday, June 20, 2007

~ Cintailah Bahasa Kita~

Untuk kali ini, saya telah mengambil keputusan untuk mem'blog' dalam Bahasa Melayu.
Kenapa?
Sebab untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun ini saya dapat A2 untuk Bahasa Melayu saya.
Jadi, kononnya nak tunjuklah saya ni terer gila babi dalam ibu lidah saya. (mother tongue)
Hahhaha, saya membuat diri saya tergelak sendirian.
Takdelah, saya main-main sahaja.

Sebenarnya, saya rasa bersalah sebab saya tak masuk kelas Pn. Rohaida.
Dah la BM saya 'power' sangat,
Asyik tergolek berguling-guling jatuh bukit,
Lepas tu ponteng pula kelas Pn. Rohaida.
Memetik kata saya,
"Takde kesedaran sivik!"
Tapi memang takde pun sebab saya tak amik mata pelajaran sivik.
Hahahha, saya buat diri saya tergelak sekali lagi.

Walau bagaimanapun,
esok hari pertandingan koir.
Akhirnya, setelah saya menunggu 5 purnama dan beberapa malam takde bulan dan bintang,
Akhirnya sampai juga harinya.

Yalah, mana tak nya.
Semua orang dah bising saya asyik keluar kelas sahaja.
Hari itu, Ustazah dah mengirimkan salam sayangnya kepada saya kerana tidak masuk kelas dia.
Tengok itu, kan saya dah cakap?!
Sampai saya pun rasa macam nak sokong mereka dan memarahi diri saya.
Tapi nanti kesian pula diri saya,
Tidak ada sesiapa pun yang hendak menyokong saya.

Masuk hari ini, entah berapa gazillion kali dah saya menyanyi lagu 'Tanah Pusaka' dan lagu 'I like To Teach The World To Sing.'
Bak kata pepatah saya (lagi),
"Kalau tiap-tiap kali saya menyanyi lagu tersebut saya dapat seringgit, pasti saya sudah kaya sekarang ini"
Hahaha, sekali lagi saya tergelak dan tergolek-golek di padang sekolah.
Hahahhaa!!

Walau sepenat mana diri saya dan tekak saya menyanyi,
Saya uh...meng'enjoy' memasukkan diri saya dalam pasukan koir.
Meskipun baju kami teramat kelakar,
Eh, salah, terkelakar sedikit,
Tapi dengan magik yang akan Arif lakukan pada muka-muka kami
dengan menempek (betul ke ejaan ni?) cecair-cecair dan krim-krim serta kilatan-kilatan
yang saya pun kurang pasti mana datangnya dan apa fungsinya,
Saya pasti tahap ke'kelakar'annya akan menurun dengan drastiknya pada hari esok.

Bukan itu sahaja, saya juga pasti akan rindu menyanyi lagu yang sama banyak-banyak kali
di samping kena 'sembur/thrash' oleh Cherylyn tiap-tiap hari
Sehingga tak termampu lagi Cherylyn me'nyembur' kita orang akhir-akhir ini.
Saya juga akan rindu ponteng kelas (atas kebenaran) dan melepak dengan budak-budak lebih muda yang buat saya turut berasa muda.

Saya amat berharap kami menang pertandingan tersebut pada esok hari.
Sekurang-kurangnya dapat tumbuk ke tendang budak-budak **n***t.
(Nama di'censored' untuk mengelakkan diri di'flame')

Akhir kata, saya suka makan keropok lekor dan saya rasa utusan (post) ini seperti membaca surat kiriman rasmi.
Majulah saya untuk semua.
Hahahha, sekali lagi saya tergelak sambil melompat-lompat kangaru di keliling rumah Iona.

P.S : Sebenarnya nak tulis banyak lagi, tapi saya dah lupa sebab sibuk makan keropok lekor sebentar tadi.
P.P.S : Saya akan cuba merompak dan men'cilok' kamera orang-orang yang sepatutnya untuk tangkap gambar yang akan diutuskan di sini.

Sekian, terima kasih.
Yang Amat Berbahagia, Khadijah.

No comments: