Wednesday, August 22, 2007

~ Bila Kita Cerita Tentang Mukhsin~
(Told you I'd blog about him) So anyway, I just received an email from Dad recently. It's about this boy who acted in Yasmin Ahmad's movie, Mukhsin, Which I am sure you all should know who and what by now, IF you are a frequent visitor of this blog and also a fan of Yasmin Ahmad.
(or I managed to drag you to watch it with me. *ehemIonaehem*)

This is how the email goes :

MALAM 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra,
Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang, pelakon filem
Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai
pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20
(FFM20).


Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun
melangkah yakin ke pentas penerima trofinya.Dewan
bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut
menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat
siaran langsungnya. Namun malam itu, nun di sudut hati
Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak
dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.“Rumah saya
tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu,
tapi tak dapat,” adunya tatkala Kak Tim bertanyakan,
apa kata ibunya tentang kemenangannya.

Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik
perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas
untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang,
tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota
keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim
perhatikan, bersendirian.“ Saya nak juga bawa emak.
Tapi dia orang kata kena bayar,” jelas Syafie
selamba.“Bapa kerja apa?” Tanya Kak Tim.“Pemotong
rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga,” tulus dan
bersahaja dia menjawab.“Tak sekolah?” Tanya Kak Tim
lagi.“Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab
itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni.
Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia
bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.“Tapi saya
merayu.

Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal.
Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat
drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga,” kata
Syafie.“Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat
RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500.
Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera
filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu kena
pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan
saya ke festival.”Begitu cerita Syafie panjang lebar,
lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri
dan kanannya.

Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk
berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang
pertama sampai di Finas.“Saya tak tahu pukul berapa
bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu
ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak.”Rupanya ada
yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti
makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut
serta.“Dia tertinggal duit,” bisik sumber.Kasihan.
Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak
kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di
kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia
menyembunyikan diri.“Tak apa. Saya dah biasa macam
tu,” kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan
kenapa tak beritahu masalahnya.“Tapi sekarang saya dah
ada duit. Nek Mah (Rosminah Sidek) bagi. Masa sampai
di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50.”
Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung
pipitnya.Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur.

ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim
tengok Syafie membeli sebiji limau bali.“Duit yang Nek
Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk
mak. Buah tangan,” katanya tersenyum.Sampai di Finas,
Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang
trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah
kemenangannya sebanyak RM10,000.Itulah Mohd. Syafie
Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba
mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi
jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya

~ End~

Touching right?
I agreed whole-heartedly with what Mom said,
"Elok la Yasmin Ahmad ambil anak orang susah jadi pelakon."
With that RM 10,000, he planned his future.
(HAHA! Like talking about 'The Pearl')
Kudos to Yasmin Ahmad!

Instead of taking the usual famous actor/actress,
She goes for the unusual.
Giving it the 'X' factor.
To me, I think so.

Unlike certain movies out there,
(names should not be disclosed because Memetik kata that Negaraku Rapper -
Jangan sue saya, saya takde duit)
well, the actors/actresses are well-known,
Tapi setakat acting kayu je,
Buat bazir beli tiket wayang je kan?
(Not that I go watch movie that often also. LOL!)
But still, mana kualiti kalau setakat pentingkan kuantiti?
(read : box-office collection)

Haha! Lancang sungguh mulut beta hari ini!

Indeed both Yasmin Ahmad and that Mukhsin guy,
(Sorry la. I like to call him Mukhsin)
did a great job at making the movie as alive as possible.
To think of it, Mukhsin not having any acting base,
and not having Astro at home,
Yet he still won 'Pelakon Kanak-Kanak Terbaik'.

Saya? Awak?
Kita tau melalak dalam bilik air,
Pastu berpura-pura nangis bila nak boyfriend rasa bersalah.
Sedangkan kita ada Astro kat rumah.
So, apakah maknanya?
Takde maknanya.

I am seriously blabbering here am I not?
Yeah. Actually I have no idea what to talk about.
Just a small wish that Mukhsin will get what he wanted in his life,
Thus making it possible for him to improve his family's life.

Astro. Macam-macam Ada.

Signing Out,
I want a Nobel Peace Prize. Can gimme?


No comments: